Pemain kelainan upaya daripada Poland, Marcin Oleksy berjaya memenangi Anugerah Puskas 2022 pada malam Gala FIFA Best yang berlangsung di Paris.

Uniknya, inilah kali pertama pemain OKU berjaya memenangi anugerah tersebut.

Marcin Oleksy yang sebelah kakinya sudah diamputasi telah terlibat dalam bola sepak untuk pemain kelainan upaya sejak sekian lama,

Dia berjaya mengalahkan dua lagi finalis untuk gol tercantik iaitu Dimitri Payet dan Richarlison.

Oleksy melakukan gol luar biasa dengan libasan cantik. Ketika dia memasang kekuda dengan tongkatnya dan melibas bola tepat ke jaring.

Jaringan itu dilakukan pada 6 November 2022 ketika aksi antara Warta Poznan menentang Stal Rzeszow dalam kejohanan PZU Amp Futbol Ekstraklasa.

Gol itu pastinya memberikan inspirasi dan motivasi bukan sahaja kepada warga OKU di seluruh dunia namun kepada semua peminat bola sepak yang lain.

Saksikan gol itu di sini:

FIFA meraikan gol itu dengan menganugerahkan Marcin Oleksy dengan Anugerah Puskas 2022 kerana gol luar biasa yang dilakukannya itu.

Anugerah tersebut sudah wujud sejak 2009 lagi untuk mengiktiraf gol tercantik tahunan. Dan ianya merupakan salah satu anugerah yang paling mencuri perhatian setiap tahun.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pemain Malaysia, Faiz Subri antara mereka yang pernah merasa menjulang anugerah tersebut pada satu ketika dahulu.

Pada malam FIFA Best 2022, Lionel Messi dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia untuk kategori lelaki.

Messi yang membantu Argentina menjuarai Piala Dunia dan kelabnya memenangi piala domestik, menewaskan 2 pencabar utamanya iaitu rakan sepasukan di PSG, Kylian Mbappe dan pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema.

Berikut adalah kesebelasa dunia lelaki Fifpro:

Thibaut Courtois; Achraf Hakimi, Virgil van Dijk, Joao Cancelo; Kevin De Bruyne, Luka Modric, Casemiro; Lionel Messi, Erling Haaland, Karim Benzema, Kylian Mbappe.

Senarai penuh pemenang:

Pemain lelaki Terbaik: Lionel Messi

Pemain wanita Terbaik: Alexia Putellas

Penjaga gol lelaki terbaik: Emiliano Martinez

Penjaga gol wanita Terbaik: Mary Earps

Jurulatih lelaki terbaik: Lionel Scaloni

Jurulatih wanita Terbaik: Sarina Wiegman

Anugerah Puskas Terbaik: Marcin Oleksy

Anugerah peminat terbaik: peminat Argentina

Anugerah permainan Fair Play Terbaik: Luka Lochoshvili